Mixed, Gather and Share

Here's the story of my life...

Thursday, January 26, 2012

Kesabaran ada batasnya


Assalamualaikum semua. Banyak orang yang mengatakan "sabar itu ada batasnya" namun banyak juga yang mengatakan sebaliknya, yaitu "sabar itu tidak ada batasnya, yang ada hanyalah keterbatasan manusia dalam merefleksikan sabar di dalam hatinya."
Ada yang mengatakan sabar ada batasnya dan ada juga sebaliknya bahwa sabar itu tidak ada berbatas. Bagaimana mempertemukan kedua pandangan seperti itu?
Kita sering mengasosiasikan sabar itu dengan tidak marah, dan ya memang salah satu penempatan sabar adalah dengan menahan amarah. Walaupun sebenarnya masih banyak 'bidang-bidang' lain yang dapat menjadi ladang pembuktian kesabaran, seperti ketika ditimpa musibah, ketika belum juga mendapatkan anak meski sudah bertahun-tahun menikah, ketika usaha merugi dan lain sebagainya. Kesemuanya itu hadir sebagai variasi dalam hidup dan manusia dituntut untuk bersabar kerananya.

Aku berpegang pada satu ayat al-Quran iaitu (Inallaha Ma'as Sabireen) bermakna 'Allah bersama-sama orang yang sabar'. Alhamdulillah aku dapat tabahkan hati aku. Walaupun banyak dugaan yang mendatang. Aku percaya bahawa segala dugaan dan ujian semuanya adalah untuk menguji keimanan serta ketakwaan aku terhadap Allah S.W.T.. Kadang-kadang, tanda-tanda yang kesabaran aku semakin lemah adalah aku kerap marah, menangis tentang perkara yang tak sepatutnya aku sedih, aku sering bermasam muka dan sebagainya. Bila jadi macam tu, should be aware bila nak bercakap dengan aku. Takut-takut aku jadi melenting. Walau apapun, aku sentiasa berharap bahawa Allah sentiasa bersama aku tak kira senang atau susah. Wallah Hu'alam Bissawab

Monday, January 2, 2012

AKU SAYANG AYAH AKU SANGAT9 !!

Aku rindu padamu, ayah. :'(
Ayah, baru sekejap saja tadi kau memelukku. Kini, pada saat kini, aku rindukan mu. Kau telah banyak berjuang untukku. Malah kau terpaksa berkorban untuk meninggalkan aku, kakak dan mak di Penang disebabkan kau mula bekerja di Batu Gajah. Kini, sebaknya rasa bila tiada wajahmu di rumah ini. Hanya Allah S.W.T. saja mengetahui bertapa sedihnya rasa hati ku ini. Aku banyak buat dosa padamu, ayah. Aku mengaku bahawa aku banyak berbohong, meninggi suara, melawan cakap mu ayah. Aku sangat-sangat menyesal. Kini kau berjauhan dengan ku dan aku sangat merindui setiap detik bersamamu ayah. Aku rindu di saat kau memelukku ayah. Kini, air mata ku mengalir bila ingat sesuatu tentang mu ayah. Aku berdoa agar Allah tabahkanlah hatiku ini. Amin.