Mixed, Gather and Share

Here's the story of my life...

Friday, January 28, 2011

Budak Baru...

haish bulan ni memang bulan yang tension...
ada jer perkara datang yang membuatkan aku tension....
ada jer yang tak kena....
geram betul.....


ingatkan masalah sume dah selesai,
datang lagi satu masalah!!
ada budak baru perempuan masuk kelas kami...
tak kisah la kan sebab budak baru...
bagi la tempat duduk aku kat budak baru tu...


ingatkan budak baru ni perangai dia elok,
hmmphh hampeh,
perangai macam apa ja....
nasib baik dia budak baru,
kalau tak dah lama aku sound dia......
suka aty jer nak marah member aku!!!
aku un tak penah marah member aku,
dia pulak nak marah!!!

tengok la satu hari, 
aku nak tempat duduk aku balik.....
aku tak kan biarkan dia duduk tepi member aku...
tengok la...
satu hari nanti....

Tuesday, January 25, 2011

apa ni!!!

wei apa nieyh!!
kata minggu nieyh kokurikulum kelab & persatuan!!
ni pergi tukaq plak dah!!
masalah betul la!!
baru je dah bersemangat nak blajaq lbey lanjut lagi psal photography!!



p dah esok ada unit beruniform!!
ngek btol la!!
p tkaq bwad pa!!
haish geram gile!!


Monday, January 24, 2011

Tabahlah...


hari berganti hari,
semakin hari, semakin kehilangan,
kehilangan orang yang aku sayang dalam hidup aku...
kenapa boleh  jadi bgini dalam hdup aku...

hari berganti hari,
aku smakin disakiti....
macam2 cabaran aku hadapi....
tapi aku tetap bertahan...

hari berganti hari,
aku semakin hilang kawan2 ku..
semakin hilang....
kenapa aku asyik dalam menderita,

wahai kawan2 ku,
aku rasa aku semakin kehilangan mu,
kenapa kita biarkan perkara ni trjadi....
sedangkan aku smakin nakkan hubungan kita bertambah baik lagi...

kehidupan aku tidak pernah bahagia,
walaupun sesekali,
pasti kesedihan melanda diri aku kembali,
tidak pernah merasa kebahagiaan...
:'(

Thursday, January 13, 2011

aku sudah tak mau hidup lagi!!


tahun ni,
iaitu tahun 2011,
merupakan tahun yang paling aku benci,

aku benci tahun 2011,
2011 ramai kawan2 karib aku pindah sekolah,
aku sangat sunyi di sekolah,
memang kadang2 orang nampak aku happy,
tapi di dalam hati hanya Allah S.W.T. sahaja yang mengetahuinya

aku benci!! aku benci!! aku benci!!
aku ingatkan hubungan persahabatan tak akan putus,
tetapi jangkaan aku terbukti salah,
tanpa member2 aku,
kehidupan aku menjadi
sedih,
tak tenteram,
sunyi sepi,
tertekan......


2011 juga membuatkan aku rasa tertekan!!
tertekan sangat,
dengan kerja sekolah yang banyak,
tak henti2 kerja sekolah,
tak ada member...
walaupun syg aku cuba buat aku gembira,
usahanya sia2 saja,
aku tetap tertekan dan sedih...
kadang2 aku rasa lagi baik aku mati dari hidup..
kawan2 aku menasihati macam2 kepada aku,
namun pintu hati aku tertutup untuk menerima nasihat aku...

'Ya Allah, adakah ini ujian yang kau uji kepada ku?
kalau ini ujiannya, aku menerimanya dengan redha Ya Allah,
kau tolonglah hambamu ini yang tengah kecewa, sedih dan tertekan ini Ya Allah,
tunjukkanlah jalan keluar kepadaku Ya Allah...
Aku sudah tidak sanggup hidup macam ni Ya Allah....
tunjukkanlah jalan keluar dari masalah ini kepadaku Ya Allah...
Tunjukkanlah kepada ku...'

Iklim dan Sikap Manusia



Tahukah anda salah satu keadaan yang mempengaruhi perangai manusia adalah iklim? Ia bukan sahaja mempengaruhi perangai dan sikap manusia tetapi juga mempengaruhi cara manusia berfikir dan bertindak. Bagaimana ini boleh berlaku?
Di dunia, kita mempunyai pelbagai jenis iklim atau dengan kata lain cuaca dan musim. Di luar sana kedapatan kepelbagaian iklim seperti 4 musim, tundra, tropika dan panas. Bagaimanakah keadaan ini sangat mempengaruhi manusia?
Ia tidak memerlukan satu penerangan saintifik untuk memahaminya. Adakah mudah untuk memperoleh bekalan air ditengah-tengah padang pasir? Bayangkan seorang perantau yang merentasi padang pasir yang hanya berbekalkan sebotol air mineral, adakah perjalanan ia akan menjadi mudah? Bukankah kalau kehabisan air boleh menyebabkan perantau padang pasir menghadapi risiko maut?
Bagaimana pula di Malaysia, adakah kita risau jikalau hanya membawa sebotol air mineral ketika bermusafir? Andai tiada sebotol air pun di dalam kenderaan, kita langsung tidak pernah risau dan tertekan.Tidak pernah kita mendengar orang mati kehausan di Malaysia ketika bermusafir.
Tekanan Menjadikan Tiada Pilihan
Apakah pilihan yang ada bagi manusia yang tinggal di kawasan yang mempunyai iklim seperti tundra, panas dan 4 musim? Mereka tiada pilihan melainkan menyesuaikan diri dengan keadaan untuk meneruskan kehidupan.
Contohnya perubahan cuaca di iklim 4 musim yang berubah daripada musim panas ke musim sejuk. Musim sejuk kebiasaannya akan membawa masalah bekalan makanan. Jadi sudah menjadi kebiasaan setiap tahun bagi mereka yang duduk di iklim ini sentiasa bersedia untuk menyimpan makanan bagi persediaan musim sejuk. Andai mereka lalai, akibatnya mereka akan kelaparan dimusim sejuk.
Di padang pasir pula, apabila sudah menjadi persepsi asas bahawa air sukar diperolehi, maka orang sedia tahu bahawa mereka perlu sentiasa bersedia dengan bekalan air. Andai putus bekalan air dalam bermusafir, ia mungkin boleh menyebabkan maut. Orang yang tinggal di tundra sentiasa mempastikan mereka mempunyai pakaian yang sesuai dengan kesejukan. Hilang pakaian tebal, maka mereka akan menghadapi risiko kesejukan yang boleh menyebabkan kematian.
Tidak kurang juga mereka yang tinggal dinegara beriklim ini sering menghadapi bencana alam. Tidakkah anda melihat mereka tiada pilihan melainkan mencari jalan bagaimana membuat petempatan yang bersesuaian untuk menghadapi bencana-bencana seperti ini?
Tiada pilihan membawa manfaat
Apabila kita terlalu banyak pilihan, manusia biasanya banyak menghabiskan masa berfikir untuk memilih. Berbeza dengan mereka yang tiada pilihan, mereka akan menghabiskan masa dengan bertindak.
Inilah yang secara tidak langsung menjadi latihan semulajadi yang membentuk sikap seseorang mengikut keadaan iklim masing-masing. Orang dinegara 4 musim amat terbuka pemikiran mereka terhadap idea kehidupan. Ini adalah kerana idea yang bernas akan memudahkan kehidupan. Kerana itu orang putih kebanyakannya sangat terbuka pemikiran mereka. Ini kerana pada setiap perubahan musim, mereka perlu berbuat sesuatu sebagai persediaan.
Berbeza di iklim tropika seperti di Malaysia. Begitu ramai anak muda yang malas dan membuang masa. Mengapa? Kerana mereka tidak perlu risau kerana tiada perubahan musim seperti diluar negara. Cuaca di Malaysia tidak akan membuat mereka maut jikalau putus bekalan air. Andai kata tiada kerja sekalipun, mereka hanya perlu pergi ke rumah ibu ayah dan membuka tudung saji.
Bagi negara yang kerap ada bencana alam, rakyatnya sentiasa mempunyai inovasi untuk mencipta sesuatu bagi survival kehidupan. Rekabentuk dan kejuruteraan rumah contohnya bagi negara yang sering mempunyai gempa adalah berteknologi tinggi. Andai gempa berlaku setiap bulan, rumah mereka masih berdiri teguh dan tahan. Di Malaysia, tiada gempa sekalipun, bangunan sudah retak dan bocor. Malah ada yang roboh.
Jangan Takut Dengan Tekanan
Tekanan adalah perkara yang membebankan. Tiada siapa yang menyukai tekanan. Namun bagi mereka yang memahami, pasti akan menghargai tekanan setelah mengetahui tekanan itu membuat mereka tiada pilihan melainkan menyelesaikan masalah daripada tekanan tersebut.
Masalah adalah peluang. Ia adalah peluang untuk mempelajari bagaimana membuat penyelesaian. Apabila manusia sering lari dari masalah, maka bilakah masanya mereka akan belajar menyelesaikan masalah? Bilakah masanya mereka akan mematangkan diri jikalau sentiasa lari dari situasi ini?
Masalah akan tetap berlaku dalam hidup. Orang yang bersedia dan terus bertindak mempelajari menyelesaikan masalahnya akan mudah di kemudian hari. Ini adalah kerana masalah-masalah baru lebih mudah diselesaikan dengan pengalaman yang lalu. Berbeza daripada mereka yang suka lari dari masalah. Sekecil-kecil masalah boleh menjadi besar kepada mereka.
Hayati Kejadian Allah
Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana. Dalam benak kita berfikir sukarnya mereka yang tinggal di iklim yang sulit. Tetapi pada mereka ia sudah menjadi kebiasaan. Kebiasaan itu secara tidak langsung mematangkan mereka dengan lebih pantas. Berbeza bagi penduduk tropika yang tiada tekanan dan tidak menghayati perkara ini. Allah memberi mereka kesulitan pada mata kasar tetapi Allah beri kelebihan peluang mematangkan diri dari masalah yang diberi. Mereka lebih berpeluang mencipta ilmu berbanding kita di Malaysia.
Kerana itulah pepatah orang lama berbunyi,'banyak berjalan luas pemandangan'. Kita pasti akan teruja melihat cara orang luar menyesuaikan diri dengan iklim dan mukabumi mereka. Orang Malaysia dan orang beriklim tropika harus bersyukur di atas pemberian tuhan ini kerana iklim dan cuaca di sini adalah satu anugerah yang diidamkan mereka yang tinggal di iklim yang memberi ancaman.
Mengapa Rasulullah bersabda 'tuntutlah ilmu walau ke negeri china'?. Mengapa tidak menuntut ilmu dengan orang cina? Hakikatnya, selain daripada bangsa cina itu sendiri yang mempunyai keunikan, hadith ini menggesa manusia bergerak keluar dari tempat sendiri meneroka budaya, cara hidup, kehidupan dan keadaan ditempat orang. Seandainya kita tidak berpeluang memperoleh rezeki untuk mengembara, tanyalah daripada mereka yang pernah merantau. Dapatkan perkongsian tentang apa yang ada di dunia luar sana.
Sesekali belajarlah bersusah-susah dan berani menghadapi susah. Hakikatnya kita mengajar diri untuk menghayati betapa sukarnya kehidupan orang lain dan memahami mengapa orang lain mampu berfikir dan bertindak lebih mantap dari kita. Wallahualam.

Monday, January 10, 2011

This Year Gonna Be Busy For Me...


this form 4 year, mesti busy giler....
boleh dikatakan tak senang duduk la aku dibuatnya,
macam last year, aku masuk kelab pencegah jenayah...
so tak aktif sangat la boleh rehat-rehat la jugak..

this year,
aku masuk tarik tali untuk rumah sukan,
then masuk kelab fotografi...
jadi kalau ada apa-apa acara ka,
kelab fotografi kena bertugas untuk capture gambar semua,
maybe aku pun kena bertugas jugak aku rasa...

but how?
kalaulah sukantara,
kalau aku kena bertugas sebagai photographer,
aku kena masuk pertandingan tarik tali punya..
so how was that...
2 in 1...

but being a photographer can make me happy,
tak kiralah aku penat macam mana sekali pun,
aku tetap happy dengan tugasan aku.....
sebagai ahli photographer...

maybe the account class can make my head dizzy,
but I must try to do it....
bak kata pepatah...
'Alah bisa tegal biasa'.
lama-lama aku biasa la dengan account tu semua...

hari tu aku pergi survey harga camera DSLR..
(aku ni dari hari tu lagi dok survey je harga tapi tak beli-beli pun)
aku survey camera Canon EOS1000D...
kalau dalam internet aku survey harga dia RM1800..
aku survey kat kedai, guess what?
harga dia RM1600...
dah turun harga da...


Tips Meramaikan Orang ke Surau..



Pada hujung minggu lepas, ketika saya sedang membantu ayah membersihkan kawasan surau, terdetik di hati saya memikirkan bagaimana caranya mahu menggalakkan orang ramai untuk sering datang ke surau ataupun masjid.
Dalam tidak sedar adakalanya saya merasakan hal ini tidak banyak berbeza dengan mempromosikan kedai atau perniagaan.Method kajian mungkin sama cuma matlamat mungkin berlainan.
Objektif utama adalah melakukan suatu aktiviti promosi yang boleh membuatkan lebih ramai orang datang ke surau. Lebih baik lagi kalau dengan satu aktiviti sahaja, orang akan datang ke surau tidak sekali sahaja tetapi berulang-ulang kali.

Mengetahui Kenapa Orang Datang Ke Surau

Pertama sekali, ketahui demografik masyarakat setempat (kariah) disekeliling surau seperti umur, jantina, pekerjaan, kaum dan sebagainya. Daripada data-data ini barulah aktiviti dapat dirancang memenuhi kehendak dan kesesuaian masyarakat setempat.
Kemudian dikenalpasti daya tarikan yang sedia ada pada rumah ibadat ini. Hal ini boleh diketahui dengan menjawab soalan kenapa orang datang ke surau.
Pada pandangan saya, manusia (termasuk diri saya sendiri) datang ke surau mungkin disebabkan 4 faktor utama:
  • Taat kepada perintah Allah dan Rasul - golongan seperti ini memang menjadi rutin buat mereka untuk datang menunaikan solat secara berjemaah seperti yang diperintahkan oleh Allah dan Nabi s.a.w.
  • Golongan bermasalah - individu yang mempunyai masalah-masalah besar yang mana pada pandangan mereka penyelesaian masalah hanya di tangan Allah. Jadi mereka datang ke surau untuk memohon pertolongan-Nya.
  • Golongan berhajat - individu yang mempunyai hajat tertentu yang mana pada pandangan mereka tidak mampu tercapai tanpa bantuan daripada-Nya. Walaupun begitu tidak terkecuali golongan yang ingin melepaskan hajat semata-mata dan datang ke surau untuk menggunakan prasarananya sahaja.
  • Komitmen - Individu yang mempunyai komitmen atau tanggungjawab tertentu terhadap surau akan sentiasa datang ke surau. Andaikata tidak datang ke surau komitmennya tidak terlaksana, maka sama ada dia akan dimarah atau mendapat malu.

Daripada Kenapa ke Bagaimana

Antara 4 faktor di atas, apa yang paling menarik dihati saya ialah komitmen. Faktor komitmen adalah faktor yang mampu dicipta dan dikawal oleh manusia sendiri.
Sehingga hari ini komitmen diberi hanya untuk menjadi imam, bilal dan siak. Terhad kepada individu tertentu dan tidak terbuka kepada semua golongan. Jadi bagaimana untuk memberi komitmen kepada golongan masyarakat lain?
Tidak terhad kepada aktiviti ibadah sahaja, dengan melihat sekeliling surau, banyak perkara, tugas dan komitmen boleh dibahagi-bahagikan.
Saya terfikir, kenapa tidak kita anjurkan kelas menanam bunga dan kelas menjahit langsir di surau. Kemudian setiap hasil dari kelas tersebut diletakkan di surau itu sendiri.
Contohnya, bagi kelas menanam bunga, setiap perserta akan menghasilkan satu pasu bunga. Minta mereka meletakkan nama mereka serta keluarga mereka pada pasu tersebut. Kemudian bunga tersebut diletakkan di kawasan sekitar surau.
Ini secara tidak langsung akan mewujudkan akan adanya komitmen mereka untuk datang ke surau bagi melihat perkembangan pokok bunga tersebut. Dalam masa yang sama mereka akan kerap ke surau untuk membersihkan dan menyiram pokok bunga tersebut.
Bagi lelaki pula mungkin aktiviti pertukangan seperti membina almari dan tempat letak kasut boleh menjadi pilihan.
Sekiranya anak-anak mereka bersekolah di sekolah agama berdekatan, tampalkan hasil karya anak-anak mereka seperti lukisan dan karangan supaya ibu bapa dapat hadir ke surau untuk melihat dan membaca hasil karya anak-anak mereka juga anak-anak orang lain.

Kesimpulan

Ini tips untuk mengimarahkan surau. Tapi secara realitinya tidak semua yang datang ke surau akan turut sama bersembahyang berjemaah di sana.
Tapi berfikir secara positif. Bermain dengan nombor seperti dalam marketing. Tidak mustahil, lebih ramai yang datang ke surau maka lebih ramailah lagi yang akan turut sama bersembahyang berjemaah di sana.

Sunday, January 9, 2011

Kehidupan Form 4..

Well here I am...
Mohamad Danial Rafiq...
Form 4 already...
On growing..

Form 4...
not best at all...
bosan gile jadi form 4 nieyh...
sometimes tension aku dengan form 4...
dengan subjek cam mengong...

Teachers said that they will spread class through result,
aku harap dapat la masuk kelas perdagangan,
(sebab maths aku lemah, tu yang aku nk masuk perdagangan),
well that what they say..
spread class through result PMR,

spread class through result PMR la konon,
tak nampak ke maths aku lemah,
ke memang cikgu yang rabun...
bertambah serabut kepala hotak aku bila,
cikgu masukkan aku dalam kelas account...
D.A.M.N!!
ada add maths pulak tu!!
mathemathics modern pun tak lepas...
nak belajaq add maths...

tapi tak pa la...
dari aku masuk kelas biology..
ada physics, chemistry, add maths...
three main problem kalau aku masuk kelas tu...
well I've make new friend,
in a new class with a new teachers...

I hate form 4 dude...
seriously I hate it...
member ramai pulak tu yang pindah sekolah...
ada yang pergi teknik,
ada yang pergi vokasional....
nak buat macam mana...
masing-masing tuju ke haluan sendiri..

nasib baik still ada member yang tak pindah sekolah,
aku masih ada Ghazali, Hasrul, Mita, Hasanah and many more,
and I've make new friends too...
aku cuba berkawan rapat dengan beberapa orang ni,
Aly Anira dengan Amirul Anuar,
hope they can be my best friend...



Saturday, January 1, 2011

Jangan Sombong Dengan Takdir...


Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan. 
Iblis
Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu... syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.
Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih 'senior' dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya 'pendatang' baru yang diciptakan terkemudian?
Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina... seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka... kerana gugur sifat kehambaannya!
Takdir Dan Iman Kita
Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua aku orang semacam dia? Kenapa anak aku cacat? Mengapa isteri tersayang aku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha?
Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.
Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela.
Katakan,  "ya Allah... sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hamba-Mu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir-Mu."
Takdir Mengatasi Tadbir
Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan.
Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan 'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari...
Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa.
Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?
Carilah Hikmah di Sebalik Ketentuan
Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.
Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.
Apa Khabar Iman Anda?
Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.
Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.
Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.
Bersangka Baik Dengan Allah
Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan... itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven... yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!
Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain.
Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan  maksiat dengan mudah.
Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.
Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)
Nikmat Allah
Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya?
Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.
Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya."
Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.
Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.
Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab – Tuhan).
Hati mereka berkata:
"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!"